Rabu, 25 September 2013

Topik 2 - TAKSONOMI BLOOM

Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad
Miftahul Baa Bi Rahmatillah
Solatan wasalaman daimayni
Bidawami Mulkillah

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullah.

TAKSONOMI BLOOM (Benjamin S. Bloom)

- Menitikberatkan aspek kognitif
- bercorak hierarki iaitu tahap rendah ke tahap tinggi
- Tidak menafikan afektif
- Pengetahuan seperti fakta, hukum, dan teori

Contoh soalan:
- menjelaskan cerita berdasarkan cerita yang dibaca
- beri pendapat atau senaraikan isi-isi penting


6 aras Taksonomi Bloom:

1) Pengetahuan
2) Kefahaman
3) Aplikasi
4) Analisis
5) Sintesis
6) Penilaian


Pengetahuan:

# Tujuan:
- mengingat semula pelajaran yang sudah dipelajari tanpa berlaku perubahan.
Contohnya: Bilakah Malaysia merdeka?
- Pengetahuan bermaksud mengingati semula perkara yang telah dipelajari, mengingat fakta dll.
- Objektif umum: MENGETAHUI
- Objektif khusus: melabelkan, menyatakan, menulis dll.
- Perkataan yang biasa digunakan dalam soalan: namakan, berikan, nyatakan senaraikan, siapa, apakah, bilakah, mana, dll.


Kefahaman:
- Kebolehan memberi penjelasan dan makna kepada sesuatu perkara
- tinggi sedikit daripada aras pengetahuan
- 3 perkara penting:
1) terjemahan isi kepada huraian (ada huraian fakta)
2) memberi tafsiran atau makna sesuatu maklumat

Contoh:
SITUASI: IBU ALI MENINGGAL DUNIA
Tafsiran: Ibu Ali meninggal dunia kerana sakit atau semua orang di dunia ini pasti
akan meninggal dunia suatu hari nanti dan sebagainya.

3) arasnya extrapolasi atau tafsiran lanjut berdasarkan maklumat yang digambarkan

Contoh: Manusia perlu bersedia menghadapi maut dan terdapat sebab dan akibat maut itu

#Tujuan:
- memahami suatu bahan
- menjelaskan dan menjangkakan kemungkinan

Objektif umum: supaya memahami, menjelaskan, menterjemah dan mentelaah apa yang dipelajari
Objektif khusus: menjelaskan, menuliskan, membezakan, menerangkan dll.

Jenis/ contoh soalan: jelaskan, bezakan, bandingkan, ringkaskan, nyatakan, mengapa dll..

Antara contoh soalan:
- meringkaskan cerita karangan
- membandingkan Revolusi Perancis dan Revolusi Rusia
- apakah tujuan....................

Aplikasi:

#Tujuan:
menggunakan pengetahuan mujarat (abstrak) untuk selesaikan masalah yang maujud (berlawanan dengan mujarat @ konkrit)

Objektif umum: menggunakan, menyelesaikan, menunjukkan dll...

Objektif khusus: menggunakan, menyelesaikan, mengira dll..

Jenis: bagaimana dll..
Contoh: Ali meinggal dunia -------------- Dia meninggal dunia kerana dibunuh
(abstrak) (konkrit)

- aras aplikasi juga menekankan kaedah, prinsip, hukum dan teori


Analisis:

- Kebolehan menceritakan dan menyusun perkara-perkara yang telah dipelajari kepada beberapa bahagian.

#Tujuan:
- Menaakul sebab dan musabab (akibat) atau memberikan sesuatu tajuk ke beberapa bahagian.
Objektif umum: mencerakinkan, menaakul, menjelaskan, menilai kerelevanan data
Objektif spesifik: mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan, menjelaskan struktur dan organisasi

Contoh soalan:
Yang manakah antara berikut tidak menggunakan cirri-ciri kata kerja yang betul?


Kosa kata popular: bezakan, bandingkan, asingkan, tafsirkan, bahagikan, klasifikasikan dll.

Sintesis:

- Menguji kebolehan calon mencantumkan, menggabungkan dan mengintegrasikan fakta-fakta atau idea-idea yang berkaitan.

#Tujuan:
- Membentuk sesuatu yang baharu.

Objektif umum: menulis karangan, mencadangkan sesuatu pandangan, menghasilkan karya.
Objektif spesifik: menggabungkan, menggubah, mereka cipta, merancangkan, menulis, mencipta.
Contoh: Buat karangan tentang ‘Saya Sebatang Pen’.

Kosa kata popular: gabungkan, mereka bentuk, kumpulkan, susunkan, gubahkan, karangkan.

Contoh:
1) Mencadangkan: Senaraikan beberapa cara kamu boleh mengatasi masalah itu?

2) Mencipta: Huraikan satu perancangan yang boleh membuktikan………..



Penilaian:

- Menguji kebolehan calon membuktikan, menilaikan, mengesahkan, mengkritikkan, memberi pendapat sesuatu pernyataan dan sebagainya

#Tujuan: Membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan criteria tertentu

Objektif umum: menimbangkan nilai, ketekalan dan kecukupan data.
Objektif spesifik: menilai, membuat pertimbangan
Jenis: sejauh mana, nilaikan, apa pendapat kamu.

Kosa kata popular: nilaikan, rumuskan, tafsirkan, kritikan, bandingkan, ulaskan, huraikan, buktikan dll.

Contoh soalan:
1) Pada pendapat kamu, ujian yang mana lebih sesuai untuk penilaian pendidikan. Ujian lisan atau bertulis?
2) Berbagai faktor perlu dipertimbangkan dalam proses penilaian program. Bincangkan?






DOMAIN KRATHWOHL

• Diasaskan oleh, David R. Krathwohl
• Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi, nilai dan sikap.
• Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.
• Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.
• Disusun kepada 5 peringkat iaitu :

i) Penerimaan
ii) Bertindak balas
iii) Menilai
iv) Organisasi
v) Perwatakan



Penerimaan:

 Keinginan dan kesanggupan menerima:
Kesanggupan memberi perhatian, mendengar ucapan, pendapat orang, menghormati kebudayaan berlainan.

 Kesedaran:
Faktor estetik, reka bentuk, kecantikan sesuatu benda, pelbagai pendapat dalam sesuatu perkara.

 Perhatian terkawal:
Kebolehan memberi perhatian kepada sesuatu rangsangan seperti menghayati orang mendeklamasikan sajak


- Objektif am:
• mendengar dengan berhati-hati
• menunjukkan kesedaran dalam kepentingan pembelajaran
• menunjukkan sensitiviti dalam masalah sosial
• menerima perbezaan keturunan dan kebudayaan
• mengambil bahagian dalam aktiviti kelas

- Hasil pembelajaran spesifik:
 Menyoal
 Memilih
 Menghuraikan
 Mengikut
 Mengenalpasti
 Menamakan
 Menggunakan


Bertindak Balas:

- Kesanggupan bertindak balas terhadap sesuatu perkara atau rangsangan
- Mengambil bahagian secara aktif
- Pelajar mengambil perhatian dan memberi tindak balas
- Krathwohl memberi tiga peringkat tindak balas:

1. Persetujuan membalas
2. Kesediaan membalas (tiada paksaan kepada pelajar untuk memberi tindak balas ketika proses P&P dan pelajar lakukan dengan rela)
3. Kepuasaan
Objektif am:
- melengkapkan kerja rumah
- pelajar ambil bahagian dalam perbincangan kelas
- seronok bantu rakan
- melakukan tugas suka rela)


Objektif spesifik:
- pelajar boleh menulis tentang isi pembelajaran
- suruh murid menjawab soalan
- melafazkan sesuatu (lisan) secara teratur dengan intonasi yang betul

Menilai:

- kebolehan membuat penilaian dan memberi penghargaan terhadap sesuatu benda atau tingkah laku
- menilai adalah berdasarkan penghayatan (satu set nilai spesifik)
- Krathwohl memberi 3 kategori:

1) Penerimaan (murid menerima sesuatu yang baik / keinginan menguasai penulisan esei)
2) Pilihan (usaha memperoleh sesuatu nilai yang telah dipilih / komitmen)
3) Penglibatan (dalam perbincangan kelas / arahan ketua kelas)

Objektif akan tercapai

Objektif am:
- Menghargai karya orang lain
- Menyelesaian masalah
- Menunjukkan sikap bekerjasama

Objektif spesifik:
- Dapat berbincang dengan rakan-rakan
- Melaporkan……
- Mencadangkan…….



Organisasi:

- Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai

- Nilai yang diharapkan selepas P&P: Pelajar boleh mengorganisasikan atau mengaplikasikan nilai. Contohnya, ada interaksi antara pelajar.

- Pelajar juga dapat bezakan nilai yang penting dan kurang penting

- Objektif pembelajaran am: Pelajar mampu mereka cipta. Contohnya, cipta baju yang bergaya –punyai nilai estetika.

- Objektif pembelajaran spesifik: Mampu mencipta, mampu membina. (ada peningkatan- apa yang dicipta oleh murid itu ada peningkatan)

- Kategori:

• Penanggapan: mampu cipta konsep yang abstrak
• Organisasi: kebolehan menyatukan atau aplikasi nilai-nilai yang berkaitan dan membentuk satu sistem.

Perwatakan:

- Apa yang diharapkan daripada perwatakan pelajar selepas P&P?
• Perubahan tingkah laku (positif)

- Kategori:

•Set am:
-kebolehan kekalkan nilai-nilai. (perwatakan)
-konfiden akan berjaya

•Perwatakan:
-disiplin diri (dapat selesaikan perkara yang baik)
-membentuk falsafah hidup yang konsisten (tidak berubah-ubah)






Di bawah ni, adalah nota tambahan yg saya dapat dari rakan guru pelatih IPGM yg lain.. Sekadar bacaan tambahan untuk meningkatkan pengetahuan..



PENGETAHUAN

Pengetahuan berasal daripada pengalaman, pemerhatian yang diterima secara terus atau melalui pembacaan dan diberitahu oleh seseorang lain merupakan cebisan maklumat dan menjadi sebahagian daripada struktur pengetahuan dalam mental seseorang. Jika pengetahuan ini disimpan dalam ingatan tanpa sebarang pemikiran lanjut, ia akan kekal sebagai maklumat yang paling sedikit kegunaannya kepada kita. Maklumat ini boleh dikeluarkan semula dalam bentuk asal apabila disoal semula menggunakan item atau tugasan yang berbentuk recall.

Pengetahuan bermaksud mengingati semula perkara yang telah dipelajari, mengingati fakta-fakta spesifik hingga teori-teori yang sukar dan merupakan hasil pembelajaran yang rendah dalam aras kognitif.


Komponen Pengetahuan

Pengetahuan boleh dibahagikan kepada beberapa komponen kecil iaitu:
- Pengetahuan tentang terminologi
- Pengetahuan tentang fakta
- Pengetahuan tentang kelaziman/konvensyen
- Pengetahuan tentang urutan
- Pengetahuan tentang pengkelasan
- Pengetahuan tentang kriteria
- Pengetahuan tentang metodologi/kaedah
- Pengetahuan tentang prinsip dan generalisasi
- Pengetahuan tentang teori dan struktur

KEFAHAMAN

Kefahaman ialah kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa situasi baru dan tidak memerlukan atau memperihalkan tentang implikasi terhadap pengetahuan tersebut. Kefahaman dibahagikan kepada tiga kemahiran kognitif, iaitu penterjemahan, inter-pretasi dan ekstrapolasi.

Penterjemahan
Penterjemahan ialah kebolehan menyatakan suatu konsep yang diketahui dengan menggunakan perkataan atau simbol yang lain. Antara aktiviti yang melibatkan kefahaman di peringkat penterjemahan ialah :
- Menterjemah secara literasi dari satu bahasa ke bahasa yang lain.
- Menukar dari bentuk simbol kepada bentuk verbal, atau sebaliknya
- Membaca Al-Quran
- Membaca skor muzik

Interpretasi

Interpretasi ialah kebolehan menghubungkait bahagian-bahagian dalam suatu set komunikasi dan menyatakan dalam bentuk lain (verbal atau grafik) dengan mengekalkan makna set komunikasi itu. Antara aktiviti yang melibatkan kefahaman diperingkat interpretasi ialah :

- Menyatakan suatu pernyataan, peristiwa lalu atau konsep dengan menggunakan olahan bahasa yang tersendiri, mengubah susun atur konteks asalnya atau meringkaskannya tanpa mengubah makna tujuan asalnya.

- Menginterpretasi graf, carta, peta jadual, kartun ke bentuk verbal atau sebaliknya.
- Memperjelaskan maksud perkataan dengan konteks penggunaannya dalam suatu puisi.

Ekstrapolasi:

Ekstrapolasi ialah kemahiran yang melibatkan interpretasi tetapi hanya melampaui maklumat yang terdapat dalam set komunikasi berkenaan. Kemahiran ini menghasilkan ramalan, inferens atau anggaran berdasarkan pemerhatian, pengalaman, corak, trend atau suatu urutan berkala. Antara aktiviti yang melibatkan kefahaman di peringkat ekstrapolasi ialah :

- Membuat kesimpulan awal daripada pemerhatian, pengetahuan dan pengalaman.
- Membuat ramalan berdasarkan set data atau graf
- Membuat jangkaan berdasarkan sebab dan tindakan dalam suatu set komunikasi.

APLIKASI


Aplikasi ialah kebolehan menggunakan prinsip dan generalisasi pada satu masalah dan situasi baru. Masalah dan situasi baru membawa maksud masalah dan situasi itu hampir sebahgiannya baru kepada murid. Ia mungkin kelihatan serupa seperti yang pernah mereka selesaikan tetapi mengandungi sedikit elemen yang bersifat baru dan di luar kebiasaan pelajar, di mana pelajar tidak dapat menyelesaikan hanya dengan mengingat semula penyelesaian yang pernah dilakukan. Ia tidak mempunyai elemen yang baru jika hanya menukar nama dan angka dalam masalah itu. Idea, konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan sebagainya yang telah dipelajari perlu digunakan dalam masalah dan situasi baru itu.


Tingkah laku pelajar semasa menjawab soalan berbentuk aplikasi biasanya melakukan perkara berikut :

- Mengenal pasti tugasan soalan dengan;
- Menentukan apakah yang diberi dan apakah yang diperlukan.
- Mengenepikan perkara yang tidak berkaitan.
- Menyusun semula dalam bentuk atau corak yang mudah diselesaikan.


Mengingat semula prinsip atau genealisasi yang berkaitan untuk digunakan.
Melakukan penyelesaian masalah. Antara aktiviti yang melibatkan aplikasi prinsip dan generalisasi dalam penyelesaian masalah ialah :

- Kebolehan mengenalpasti prinsip atau generalisasi yang berkaitan untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru.

- Menentukan had lingkungan suatu prinsip atau generalisasi itu sesuai digunakan.

- Mengenalpasti pengecualian tentang suatu generalisasi untuk menyelesaikan masalah.

- Menerangkan suatu fenomena yang baru menggunakan suatu prinsip atau generalisasi

- Meramal apa yang berlaku dengan menggunakan prinsip atau generalisasi yang berkenaan.

- Memberi justifikasi terhadap suatu tindakan atau keputusan dalam masalah yang baru dengan menggunakan prinsip atau generalisasi yang berkenaan.


ANALISIS


Analisis ialah kebolehan memisahkan suatu set komunikasi kepada elemen atau bahagian-bahagiannya sehingga suatu bentuk pertalian antara elemen-elemenatau bahagian-bahgian yang membina set komunikasi itu dapat dilihat dengan jelas. Bloom bersama rakan-rakannya membahagikan kemahiran menganalisis kepada tiga peringkat, iaitu analisis elemen, analisis perkaitan dan analisis organisasi elemen ialah :


Analisis Elemen:


Analisis elemen ialah kemahiran mengenalpasti perkara pokok yang terdapat dalam suatu set komunikasi, seperti anggapan, pandangan sifat, fungsi, nilai dan sebagainya. Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran menganalisis elemen ialah :

- Mengecam dan mengenalpasti fakta daripada pernyataan set komunikasi itu.
- Mengecam kesimpulan daripada pernyataan yang menyokongnya.
- Mengenalpasti anggapan yang tidak dinyatakan eksplisit dalam set komunikasi itu.
- Mengenalpasti motif dalam sesuatu lukisan.

Analisa Perkaitan:

Analisa perkaitan ialah kemahiran memperlihatkan saling kaitan antara elemen atau bahagian-bahagian dalam suatu set komunikasi seperti perkaitan hipotesis dengan pemerhatian, anggapan dengan hujah, sebab dengan akibat dan sebagainya. Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran menganalisis perkaitan ialah :

- Mengenalpasti perkaitan hujah dengan kesimpulan.
- Menentukan keserasian hipotesis dengan maklumat yang diberi dan anggapan yang
dibuat.
- Mengenalpasti suatu perkara yang releven dengan suatu penilaian.
- Menganalisis perkaitan sebab dan akibat dalam suatu peristiwa bersejarah.
- Mengenalpasti perkaitan sebab dan kesan fenomenaekonomi.

Analisa Organisasi:

Analisa organisasi ialah kemahiran mengenalpasti susunan yang sistematik, perkaitan mengikut urutan, struktur dan sebagainya yang mengorgansasikan suatu set komunikasi. Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran menganalisis organisasi ialah :

- Mengenalpasti tujuan, pendapat, prinsip, perasaan dan sebagainya dalam suatu set komunikasi.
- Mengenalpasti tone, mood atau motif dalam lukisan.
- Mengenalpasti bentuk dan corak.
- Mengenalpasti sikap bias dalam suatu penulisan pertimbangan
- Mengenalpasti pendekatan yang dilakukan dalam suatu penyiasatan sains.



SINTESIS


Sintesis ialah kemahiran yang menggabungkan elemen-elemen dan bahagian-bahagian untuk membentuk suatu set komunikasi. Ianya melibatkan proses menyusun dan menggabungkan sesuatu untuk membentuk suatu struktur persembahan atau corak yang tidak jelas sebelumnya. Berbanding dengan aras kebolehan kognitif sebelumnya, kemahiran mengsintesis lebih bersifat pemikiran mencapah dan kreatif di mana jawapan atau persembahan pelajar agak bebas dan unik. Bloom bersama rakan-rakannya membahagikan kemahiran mensintesis kepada tiga peringkat, iaitu penghasilan set komunikasi yang unik, penghasilan cadangan suatu set operasi dan penghasilan suatu set pertalian perkara-perkara abstrak.

Penghasilan Set Komunikasi Yang Unik

Peringkat ini berkaitan dengan kemahiran untuk menghasilkan suatu produk bebas seperti lukisan, tulisan, idea, eksperimen atau sebagainya. Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran penghasilan set komunikasi yang unik ialah :

- Mengemukakan idea melalui penulisan atau ucapan dengan organisasi yang baik.
- Menulis cerita, karangan, cerpen atau puisi.
- Melukis dan membina bahan grafik.
- Mencipta lagu.

Penghasilan Cadangan Suatu Set Operasi

Peringkat ini berkaitan dengan kemahiran yang melibatkan penghasilan suatu pelan kerja atau cadangan untuk melakukan suatu aktiviti terancang. Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran penghasilan cadangan suatu set operasi ialah :

- Membuat cadangan tentang prosedur untuk menguji hipotesis.
- Mereka bentuk bangunan berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan.

Penghasilan Suatu Set Pertalian Perkara-perkara Abstrak

Peringkat ini berkaitan dengan kemahiran yang melibatkan pembinaan suatu perumusan bagi suatu set perkara yang abstrak untuk menerangkan suatu set data atau fenomena. Antara akiviti yang melibatkan kemahiran penghasilan suatu set pertalian perkara-perkara abstrak ialah :

- Membina hipotesis berdasarkan data atau pemerhatian yang ada.
- Menghasilkan penemuan matematik daripada pengolahan dan perumusan maklumat matematik.
- Membina suatu kaedah penyelesaian dengan mengorganisasikan pengalaman.


PENILAIAN


Penilaian ialah kemahiran intelek yang paling tinggi dalam taksonomi bloom. Penilaian ialah kebolehan membuat pertimbangan dengan menggunakan kaedah dan kaedah yang piawai untuk menentukan kesesuaian, ketepatan, kecekapan, keberkesanan tentang sesuatu nilai, makna, pendapat, penyelesaian, prosedur, produk dan sebagainya. Bloom dan rakan-rakannya membahagikan kebolehan untuk membuat penialaian kepada 2 peringkat iaitu penialain berdasarkan eviden dalaman dan penilaian berdasarkan eviden luaran.




Penilaian Berdasarkan Eviden Dalaman:

Peringkat ini ialah kemahiran membuat pertimbangan dengan menggunakan maklumat di dalam suatu set komunikasi. Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran menilai berdasarkan eviden dalaman ialah :

- Mengenalpasti ketepatan, kecukup cakupan, dan kerelevanan data.
- Mengenalpasti sama ada data, metodologi dan perbincangan menyokong suatu dapatan atau kesimpulan yang dibuat.
- Mengenalpasti sifat bias dan beremosi dalam suatu persembahan.
- Mengenalpasti ketepatan dan kebolehpercayaan pelaporan suatu pemerhatian tentang fenomena alam.


Penilaian Berdasarkan Eviden Luaran

Peringkat ini ialah kemahiran membuat pertimbangan ke atas suatu hasil kerja criteria yang piawai yang dirumus oleh individu yang mahir dalam bidang berkenaan. Antara aktiviti yang melibatan kemahiran menilai berdasarkan eviden luaran ialah :
- Menilai kualiti hasil persembahan seni berdasarkan suatu bench mark.
- Menilai suatu hasil kerja ketukangan berdasarkan satu bench mark.

Sara dan BMM 3103
Rabu, 25 September 2013
Zulkaedah
11.59 Malam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan